Berkat membaca Basmallah
Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang
yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu
berbuat
kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak
bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului
dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan
sentiasa memperolok-olokkan
isterinya. Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah,
Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."
Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah
s.w.t. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari
suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa .....